? ??????????????Retro Flowers? ????? ?? ???Rating: 3.3 (4 Ratings)??0 Grabs Today. 346 Total Grabs. ??????
Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????Life Began With love? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??0 Grabs Today. 756 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Wednesday, August 5, 2009

Zzzzzz......


Eee....tengoklah dua beradik ni tido siap pegang tangan lagi. So sweet.......aku pun apa lagi tak lepaskan peluang snap photo they all. Seronok tengok gelagat si kembar ni, kalau tido mesti sama. Kalau sorang tangan angkat sebelah, yang sorang lagi pun sama. Bila sorang menggeliat, yang sorang lagi pun sama. Dah namanya kembar kan?

Monday, August 3, 2009

Zaara Ahdia & Zaara Ashalina Lagi....

Nilah gambar si kembar yang terbaru, dah besar sikit dah...Masa gi timbang berat 27 July ari tuh pun berat dah naik. Kakak dah 1.97kg, adik dah 2.16kg. Tapi yang paling best pegang Zaara Ashalina sebab badan dia bulat sikit. Rasa nak gigit2 jer....So far belum bagi susu tepung lagi, sementara susu badan banyak ni, bagi susu badan dulu.

Thursday, July 30, 2009

Birthday Abang Syafiq - 7 thn

Hari Sabtu lepas ( 25hb July 2009) genaplah umur anak sulungku Muhammad Syafiq 7 thn. Aku ngan hubby taklah merancang nak celebrate birthday dia besar-besaran. Just family celebration......Abang Syafiq mintak kek Ben 10. Aku bukannya tak nak beli tapi takut tak habis pasal kek Ben 10 kat Secret Receipe tu besar, takut tak habis.....yang nak makannya kami2 je. Last2 hubby aku belikan kek Tom & Jerry kat Kings & KFC. Adik ipar aku yang kebetulan datang goreng meehoon. Itu jelah yang mampu disediakan untuk birthday abang Syafiq memandangkan mama tengah berpantang. Tahun depanlah kita beli kek Ben 10 & celebrate kat umah nenek ngan yang lain2. Boleh sambut birthday si kembar yang pertama sekali next year.

Apa2 pun kita layan dulu gambar2 masa birthday abang Syafiq hari tu....tak banyak gambar pun.






Ni pulak kek Ben 10 yang abang Syafiq nak tu.......

Wednesday, July 29, 2009

Si Kembar



Inilah puteri2 kembarku yang lahir pada 11 July 2009 yang lalu. Ni aku nak citer saat2 bagaimana si kembar yang sepatutnya lahir pada hujung minggu ni selamat lahir ke dunia ini. Pada 6hb July 2009 (hari Isnin) macam biasa, aku balik kerja pukul 7.30 malam & sampai umah pukul 8.30mlm. Kepala aku pening masa tu, so aku pun landinglah kejap atas katil. Tetiba aku rasa macam ada cecair keluar, so aku pun masuk bilik air. Bila aku masuk aje bilik air darah ketul2 keluar. Aku taklah panik sangat sebab sebelum ni pun dah pernah jadi tapi doktor cakap takde apa2 sebab aku pregnant twins. So aku tak amik pot sangatlah lagi pun tak sakit. Esoknya lepas mandi, solat subuh, aku bersiap macam biasa nak gi kerja. tapi aku dok lepak kat ruang rehat kat atas. Rasa macam tak sedap badan. Last2 aku ajak hubby aku gi check kat tempat biasa aku gi check up. Sampai sana, doktor pulak tak sampai lagi, katanya baru balik kul 5 pg sebab ada operation. So aku ngan hubby g sarapan dulu. Dalam kul 10pg aku gi balik klinik tu. Macam biasa, doktor tu mesti nak scan perut aku. Check2 dia cakap aku macam dah nak bersalin. Disebabkan aku punya kandungan baru 35 minggu, dia refer aku kat Hospital Sungai Buloh coz doktor tu kata tempat dia tak cukup kelengkapan lagi pulak anak aku lahir tak cukup bulan. Lepas doktor tu buat surat, terus hubby aku bawak gi spital.

Sampai spital, lepas doktor check dia kata jalan dah terbukak 2cm so terpaksa tahan aku satu hari nak monitor kalau2 babies nak keluar awal. They all dah stand by apa yg patut especially utk si kembar yang bakal keluar. The next day, bila doktor check lagi dia bagi aku balik, lega......Hari Khamis dokor bagi aku MC. Disebabkan au tak rasa sakit sesangat, aku i kerja macam biasa hari Jumaat tu. Punyalah berlagak, bawak kete lagi tu.....On d way nak g office, dah rasa sakit sikit2. Balik tu aku sms hubby aku suruh dia datang amik sebab tak larat rasanya nak bawak kete. Jalan pun tak larat, rasa berat sangat. Tapi dalam tak larat2 tu, sempat gak gi makan sate kajang Hj Samuri kat restoran jejantas Sungai Buloh ngan hubby aku. He..he..he...

Hari Sabtu (11 July 2009) - Pagi tu aku dah rasa sakit sikit2 dah tapi taklah kritikal sangat, so aku buat biasa jer....contraction datang lagi tapi tak sakit sangat. Aku baring aje atas sofa. Petang tu, contraction makin kerap, aku naik atas baring kat katil dalam bilik pulak. Tetiba aku rasa ada air keluar makin lama makin banyak. Habis kain aku basah kuyup, dua kali jugaklah aku salin kain. Lepas tu terus aku bagitahu hubby aku yang air ketuban aku dah pecah. Dia pun terus salin baju hantar aku gi hospital. Dalam kereta pun, air ketuban terus keluar. Sampai je depan pintu kecemasan hospital, terus they all suruh aku masuk dalam & tukar baju. Aku disuruh baring atas katil untuk ambik heart beat babies. Masa tu air ketuban still keluar siap dengan darah lagi. Contraction semakin kerap tapi aku tak rasa sakit sangat2. A few minute lepas tu doktor datang check & cakap dah terbukak 7cm. Aku macam tak percaya jer....Aku tengok nurse & doktor kelam kabut call doktor pakar & aku terus di tolak masuk dalam labour room. Yang aku terpinga2 & confused. Dalam hati berkata2 " aku ni dah nak bersalin ke? Tak rasa pun?" Sampai dalam labour room beberapa orang doktor & nurse pun masuk sama berdiri depan aku ramai2 . Sorang nurse ni suruh aku standby sebab dia cakap aku dah nak bersalin. Aku pun ye kan jelah...Doktor tu cakap "Puan, kalau rasa sakit teran ye.....". Aku angguk kepala. Tak sampai 5 minit, aku rasa nak meneran & terasa kepala baby dah keluar. Sekali lagi teran my 1st twin selamat lahir ke dunia ini (jam 7.12mlm). Em....lega. Tapi si adik pulak. Teringat kata mak bidan yang aku akan rasa 2 kali sakit nak bersalin. Tetiba aku dengar dokor kata baby aku songsang. Aku dah panik takut kena operate. Sorang doktor dok betulkan perut aku, yang sorang dok scan. Yang sorang lagi dok call doktor pakar tapi tak dapat. Last2 doktor yang sambut 1st baby aku tadi seluk tangan dia nak betulkan baby. Saat tulah aku rasa sakit sangat macam nak terajang je doktor tu. Aku kata Ya, Allah...sakitnya..dia ingat aku sakit nak bersalin suruh aku teran. Aku ni dalam sakit2 tu sempat sound doktor tu, "saya bukan sakit nak meneran, sakit doktor seluk tangan tu". Dia terus cakap, maaf ye puan, kita nak selamatkan baby takut lemas lagi pun dia songsang, kalau rasa sakit teran". Aku pun geram punya pasal, tak sakit pun aku teran. Teran punya teran doktor tu kata, "sikit lagi puan, teran lagi". Aku dah penat sebenarnya, lagi pun tak sakit. Tapi aku teran jugaklah. Akhirnya jam 7.26pm 2nd twin selamat lahir kedunia ini....... Alhamdulillah, aku rasa melahirkan kembar ni lagi senang, maksud aku kurang sakitnya walaupun 2nd baby ada problem sikit.
Anak-anakku lepas dimandikan terus dibawa ke NICU sebab tak cukup berat & lahir tak cukup bulan. Aku pun tak sempat nak tengok betul2 muka anak kembarku. Aku di bawa ke wad tanpa si kembar. Aku dok bilik yang ada dua katil. Kakak sebelahku pun anak dia takde kena kuning, maka tinggallah kami berdua aje...